Hansi Flick mencabar Leroy Sane untuk mempertingkatkan lagi mutu permainan jika tidak mahu posisinya diambil alih oleh Serge Gnabry, menurut ketua jurulatih, Hansi Flick.

Pemain sayap Jerman, Gnabry, terlepas kemenangan 4-0 dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) ke atas Atletico Madrid dan 5-0 dalam saingan Bundesliga mengatasi Eintracht Frankfurt selepas positif coronavirus.

Bagaimanapun, bahagian kesihatan Munich telah mengisytiharkan ujian asal adalah 'positif palsu' dan dia kini bakal diturunkan untuk bertemu Lokomotiv Moscow.

"Dia pastinya menjadi pilihan untuk kesebelasan utama, kerana dia sentiasa bersedia," kata Flick.

"Dia melakukan apa yang dia mampu sambil mengasingkan diri di rumah. Dia gembira dapat kembali dan kami juga gembira kerana dia kembali."

Gnabry menjaringkan 12 gol dalam melakukan 10 assist dalam saingan Bundesliga musim lalu dan memulakan musim ini dengan hatrik ketika mengatasi Schalke 8-0.

Sane telah mempamerkan permulaan positif di Bayern setelah membuat debut bulan lalu, menjaringkan gol dan melakukan assist -- empat gol dalam tiga penampilan.

Itu hanya di belakang Robert Lewandowski (13 gol dan assist) dan Thomas Muller (tujuh), sementara lapan peluang yang terhasil lebih baik berbanding Muller (18), Joshua Kimmich (10) dan Gnabry (sembilan).

Bagaimanapun, Sane berdepan persaingan untuk kekal dalam kesebelasan utama Flick, namun pengendali Jerman itu melihat bekas penyerang Manchester City itu mampu menawarkan sesuatu bagi jangka masa panjang.

"Terdapat banyak ruang untuk penambahbaikan," katanya. "Tetapi dia menjaringkan gol berkualiti menentang Frankfurt dengan jenis gol itu membantu pasukan.

"Kami kini mempunyai pilihan lain dengan Serge kembali. Kami telah menyesuaikan diri dengan setiap lawan dan, tanpa mengira siapa yang telah bermain, pemain sentiasa fokus dan bermain dengan baik."