Fiorentina bersedia untuk menjual Federico Chiesa dengan tanda harga yang bertepatan, jelas presiden kelab, Rocco Commisso.

Chiesa, 22, telah dikaitkan dengna perpindahan menyertai gergasi Serie A, Juventus, Inter dan Milan.

Selepas meraih kemenangan 3-1 ke atas SPAL pada perlawanan terakhir musim 2019-20 semalam, Commisso sekali lagi menjelaskan Fiorentina terbuka untuk melepaskan penyerang itu tetapi tidak tergesa-gesa untuk menjualnya.

"Chiesa masih kekal di Fiorentina? Kami mengharapkannya," katanya kepada Sky Sport.

"Dia boleh buat apa sahaja yang dimahukan. Perkara paling utama jika dia berhijrah, kelab yang mahukan khidmatnya perlu mengikut terma dan syarat yang kami tetapkan.

Chiesa menjaringkan 11 gol dan melakukan enam bantuan jaringan dalam 37 perlawanan musim ini untuk Fiorentina.