Borussia Dortmund semakin yakin penggempur utama, Erling Haaland, akan cergas untuk tampil dalam perlawanan akhir DFB-Pokal, Jumaat ini.

RB Leipzig akan menjadi lawan Dortmund di Berlin dengan BVB mengintai kejayaan kelima kejohanan Piala Jerman itu.

Haaland terlepas kemenangan 5-0 dalam pusingan sebelumnya ke atas Holstein Kiel selain kemenangan dramatik 3-2 ke atas lawan terakhir seteru Bundesliga, Leipzig, yang menjadi pencabar utama Bayern Munich musim ini.

Pemain antarabangsa Norway itu bergelut dengan kecederaan paha tetapi tetap bersemangat tinggi.

Sehubungan itu, Pengarah Sukan, Michael Zorc, optimis dengan kelibat Haaland dalam penentuan trofi.

Haaland telah menyumbat 37 gol dalam 38 penampilan musim ini lalu mencetuskan spekulasinya ke kelab utama Eropah.

Dia telah mencetak 25 jaringan dalam Bundesliga dengan 23 daripadanya adalah melalui permainan terbuka.






"Situasi mengenai Erling tampak baik," kata Zorc kepada SID ketika ditanya mengenai perkembangan Haaland.

"Dia sendiri sangat yakin dan begitu juga dengan kami -- kami harap dia dapat beraksi."

Penyerang Norway itu menjalani beberapa sesi latihan kecergasan ringan dan latihan pemanasan semalam.

Sementara itu, Leipzig -- yang belum mengecapi sebarang trofi -- dikecewakan Bayern dalam final 2019.

Sebagai hadiah perpisahan sebelum dia mengemudi Bayern, Julian Nagelsmann menjadikan DFB-Pokal sebagai sasaran utama dalam usahanya meninggalkan jejak di Leipzig tahap tinggi.

Mereka mengalahkan Werder Bremen 2-1 dalam separuh akhir selain meniti landasan tepat untuk meraih tangga kedua Bundesliga.