Augusto Fernandez mengakui dia meninggalkan Atletico Madrid untuk ke Beijing Renhe bukan kerana bola sepak tetapi percaya Liga Super China (CSL) dipandang rendah.

Pemain Argentina, Fernandez, beraksi selama dua tahun di bawah kendalian Diego Simeone di Atletico sejak 2016 untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Tiago susulan kecederaan patah kaki.

Bagaimanapun, dia mengalami kecederaan lutut pada September dan hanya tampil dalam 21 aksi LaLiga untuk kelab itu sebelum berhijrah ke Beijing.

Dia kini kembali ke Madrid selepas kontraknya di China tamat dan membuka restoran Argentina mengakui mampu kekal bersama Atletico jika mahu.

"Saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya tidak ke China untuk aksi bola sepak. Saya memiliki baki kontrak dua tahun di Atletico dan Cholo (Simeone) sayangkan saya," katanya.

"Bola sepak China dipandang rendah. Orang ramai fikir ia dijalankan dengan bola kertas. Cuba berlari dengan orang berbangsa Cina, langgar mereka dan lihat siapa menang. Mereka pantas dan agresif.

"Bagi saya, bola sepak di China adalah pengalaman dalam kehidupan. Ia berbeza. Sangat berbeza.

"Saya bersaing untuk berlatih. Anda tidak menerima penghormatan di sana hanya berdasarkan apa yang dilakukan pada masa lalu. Anda meraihnya melalui latihan yang sempurna dan menghadirkan latihan.

"Bola sepak di China adalah pantas dan memiliki banyak percaturan taktikal. Jika anda tidak berhenti, anda meraih penghormatan."

Beijing hanya memenangi tiga perlawanan dalam saingan CSL pada 2019 dan berada di tangga terbawah sehingga bergelut dengan penyingkiran ke Liga Satu.