Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi, memohon setiap penyokong agar mengawal kata-kata dan penulisan bagi mengelakkan isu perkauman seperti yang dihadapi ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan.

Kelmarin, Sathianathan berang dan kecewa dengan segelintir penyokong Selangor yang melontarkan ejekan perkauman kepadanya dan pertahanan, K. Prabakaran, dalam laman sosial.

Justeru, Yusoff berharap agar kecenderungan seperti itu dapat dihentikan dan ejekan perkauman akan segera dihapuskan dalam bola sepak.

"Kami tidak mahu lagi dan kami anggap benda-benda macam ni dalam laman sosial, kalau boleh memang tidak mahu lagi.

"Dan kami harap ia tidak diperbesarkan.

"Kadang-kadang ada yang suka memperbesarkan lagi isu ini," katanya.