Ketua jurulatih Sepanyol, Luis Enrique, sentiasa berterima kasih kepada bekas kelabnya, Barcelona, dan tidak menolak untuk kembali menyertai pasukan gergasi LaLiga itu pada masa akan datang.

Pengendali berusia 49 tahun itu meneruskan kecemerlangannya di As Roma dan Celta Vigo dengan kempen gemilang di Camp Nou, di mana dia memenangi sembilan trofi dalam tiga musim.

Enrique meninggalkan Barca pada 2017 dan kini mengemudi pasukan kebangsaan Sepanyol tetapi bersedia untuk kembali ke pangkuan kelab itu pada masa akan datang.

Dalam satu sesi soal jawab bersama peminat, dia berkaya: "Saya fikir saya boleh melatih mana-mana bekas pasukan saya.

"Pintu saya sentiasa terbuka buat kesemua mereka.

"Waktu saya di Baarcelona amat hebat dan saya sentiasa berterima kasih.

"Saya amat bertuah kerana pernah menyertai kelab yang telah memberikan segala-galannya kepada saya untuk tempoh yang lama," katanya.

Enrique kembali menjadi ketua jurulatih Sepanyol pada 19 November lalu, lima bulan selepas meletak jawatan itu kerana masalah peribadi.

Fokus utamanya adalah untuk membantu skuad LaLiga itu menjuarai Euro 2020, yang terpaksa ditunda ke tahun depan berikutan pandemik Covid-19.

"Kami perlu mencuba untuk bersedia bagi menghadapi Euro dengan cara terbaik dan memulihkan garis tindakan terbaik dalam usaha untuk memenangi trofi itu.

"Saya melihat pasukan kebangsaan mampu memenangi sesuatu -- sebenarnya ia adalah salah satu cabaran yang saya fikirkan sebagai ketua jurulatih Sepanyol.

"Saya tidak pernah menyembunyikannya tetapi amat jelas bahawa kami sedang melalui proses itu.

"Dan terdapat juga beberapa pasukan kebangsaan lain yang memiliki potensi besar.

"Kami berada dalam kumpulan bersama enam atau tujuh pasukan kebangsaan yang boleh mencapai sasaran itu -- prestasi kami akan menunjukkan sama ada kami boleh mencapainya atau tidak," tambahnya.