Eintracht mahu bantu Jovic temui semula rentak

By Ammar Hakim 15 January 2021 117
Eintracht mahu bantu Jovic temui semula rentak
Eintracht Frankfurt berharap untuk membantu Luka Jovic mendapatkan semula rentak terbaik selepas penyerang itu menyempurnakan perpindahan kembali secara pinjaman dari Real Madrid. 

Pemain kebangsaan Serbia itu kembali menyertai kelab Bundesliga bagi baki musim ini, selepas sekadar membuat lima penampilan untuk Real musim ini.

Jovic sekadar turut empat kali dalam saingan LaLiga musim lalu, selepas berhijrah ke Sepanyol selepas mempamerkan aksi cemerlang pada musim 2018-19 dengan meledak 27 gol. 

Eintracht berharap untuk membantu pemain berusia 23 tahun itu kembali mendapatkan rentak di Jerman.

"Luka berdepan tempoh sukar di Real. Penting baginya untuk mendapatkan semula rentak. Ia merupakan hasratnya untuk kembali ke Eintracht," kata pengarah sukan Eintracht, Fredi Bobic. 

"Luka boleh menggunakan beberapa bulan ini untuk mendapatkan semula keyakinan.

"Real Madrid mengetahui dia berada di tempat yang terbaik dan dapat terus berkembang di sini. Kami juga lega kerana memiliki seorang pemain untuk mengisi jentera serangan.
   
 

About Author

Ammar Hakim

Comment