Szoboszlai adalah pemain yang diminati dan dilaporkan untuk meninggalkan RB Salzburg berikutan eksploitasi untuk juara Austria -- pemain antarabangsa Hungary itu turut dikaitkan dengan pasukan Napoli, AC Milan, Inter Milan, Lazio dan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal.

Pemain tengah berusia 19 tahun itu telah menjaringkan 12 gol dalam semua pertandingan musim 2019-20, serta merekodkan 10 bantuan jaringan untuk Salzburg di Austria.

Tatkala spekulasi yang semakin meningkat, pengendali skuad kebangsaan Hungary daripada Itali, Rossi, berasakan prestasi Szoboszlai akan lebih meningkat jika di bawah kendalian Gennaro Gattuso.

"Dia berusia 19 tahun yang membuat penampilan sulung untuk pasukan kebangsaan pada usia 18 tahun. Dia pemain yang sangat elegan dan berbakat, penuh dengan teknik," kata Rossi kepada CalcioNapoli24.

"Dia bijak bermain di antara garisan dan serta banyak membantu di dalam kawasan penalti. Dia mempunyai fizikal yang tinggi serta memiliki ketangkasan yang sangat bagus.

"Jika dia memutuskan untuk menerima tawaran dari Serie A, itu akan melengkapkan kepakaran teknikalnya dengan beberapa perkara masih perlu perbaiki, misalnya corak pertahanannya.

"Secara taktikal, Salzburg kerap menggunakannya di sebelah kiri dan dia beraksi dengan sangat baik, tetapi sering bermain di antara garisan untuk memberi ruang untuk bek penuh.

"Dalam formasi 4-3-3 dia mampu menjadi pemain tengah secara 'box-to-box', juga mampu memainkan peranan selaku penyerang tengah.

"Szoboszlai mengekspresikan dirinya yang terbaik dalam pasukan dengan posisi yang diberikan. Di Itali, Napoli mesti bermain bola sepak dan tidak melakukan serangan balas kerana mereka antara pasukan terbaik di Itali, walaupun mereka mungkin menderita dalam beberapa perlawanan setiap musim.

"Szoboszlai akan menjadi pemain yang ideal untuk corak permainan Napoli" tambah Rossi.