Alphonso Davies berupaya untuk menguruskan perancang Barcelona, Lionel Messi, dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL), menurut ketua pegawai eksekutif Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge.

Davies, yang baru sahaja berusia 19 tahun, menyertai Bayern dari Vancouver Whitecaps Januari 2019 telah dipaksa menyertai skuad utama kendalian Hansi Flick musim ini.

Pemain sayap Kanada itu turut sebagai bek-kiri, bermakna David Alaba telah beraksi sebagai pertahanan tengah ketika Lucas Hernandez mengharungi hampir keseluruhan musim pertamanya direhatkan ekoran kecederaan.

Davies dinobat sebagai Pemain Muda Terbaik Bundesliga dan membuktikan kemampuannya ketika berdepan Chelsea dalam aksi pusingan 16 UCL.

Kini, beraksi dalam lapan pasukan terakhir di Lisbon, Davies bakal ditugaskan untuk mengekang kemaraan pemenang Ballon d'Or enam kali, Messi.

Tetapi Rummenigge memberitahu Sky Sport: "Alphonso mengharungi musim cemerlang dan telah dipilih sebagai Pemain Muda Terbaik.

"Jika Messi bermain di sebelah kirinya, Alphonso akan menanganinya. Ia adalah sukar tetapi tugas yang menarik. Davies tidak pernah dilintasi banyak pemain lawan musim ini."