Vinicius Junior berada dalam skuad Real Madrid menjelang perlawanan LaLiga menentang Deportivo Alaves awal pagi esok.

Pemain sayap Brazil itu mempamerkan aksi luar biasa buat pendahulu liga itu sejak saingan kembali bersambung tetapi penglibatannya dalam perlawanan berikutnya itu masih menjadi tanda tanya.

Ketua jurulatih, Zinedine Zidane, mendedahkan semalam bahawa Vinicius tidak menjalani latihan kerana menjalani ujian saringan koronavirus.

Ujian awal "berlangsung dengan buruk" -- seakan-akan memberikan keputusan yang tidak baik -- dan perlu dilakukan semula, kata Zidane.

Madrid tidak memberikan sebarang perkembangan mengenai Vinicius tetapi menamakan penyerang berusia 19 tahun itu dalam senarai 22 pemain yang akan menentang Alaves.

Skuad kendalian Zidane itu memiliki kelebihan satu mata dan satu permainan dalam tangan berbanding pencabar terdekat, Barcelona.