Real Sociedad telah membatalkan rancangan untuk kembali ke latihan Selasa ini ketika pandemik koronavirus masih lagi belum reda.

Sociedad dilihat sebagai pasukan LaLiga pertama untuk kembali menjalani latihan, walaupun secara individu di kemudahan kelab, setelah menyatakannya Sabtu lalu.

LaLiga ditangguh ekoran COVID-19, yang telah membunuh hampir 114,000 orang di seluruh dunia dan lebih daripada 17,200 di Sepanyol -- di mana perintah berkurung telah dikuatkuasa.

Sociedad telah menggariskan beberapa langkah berjaga-jaga tetapi kelab Sepanyol itu –- yang menghuni tangga keempat LaLiga sebelum penangguhan saingan -- mengambil keputusan untuk membatalkan sesi latihan semalam.

"Selepas membuat perbincangan dan pihak kelab mengambil keputusan untuk memastikan pemain-pemain meneruskan latihan di rumah. Kelab menyedari perkara ini ekoran pandemik yang masih belum dapat diselesaikan," menurut kenyataan yang dikeluarkan kelab.