Saingan Serie A 2019-20 tidak akan disambung sehingga keadaan kesihatan membenarkan susulan wabak coronavirus.

Serie A ditangguhkan bulan lalu selepas Itali dipalit dengan masalah COVID-19 selepas lebih 14,600 nyawa terkorban dan mencapai 58,800 daripada negara Eropah.

Sasaran awal adalah menyambung aksi pada bulan depan tetapi perancangan itu dibatalkan selepas mesyuarat di antara Lega Serie A dan Persatuan Pemain Itali (AIC).

"Mesyuarat Lega Serie A telah diadakan bersama kesemua 20 kelab menerusi persidangan video," kata wakil liga.

"Perbincangan itu berdasarkan keputusan yang diraih UEFA, ECA dan Liga Eropah yang diadakan semalam.

"Dalam usaha meneruskan baki saingan Serie A dan Piala Itali, ia hanya akan dijalankan semula jika keadaan status kesihatan membenarkan. Ia bertujuan untuk memberi perlindungan kepada pemain serta semua yang terlibat.

"Untuk berdepan situasi yang belum pasti ini, Lega Serie A -- dengan penglibatan wakil kelab -- akan terus mengenal pasti impak dan akibat COVID-19 menerusi perubatan, ekonomi, undang-undang, kesukanan dan risiko buat semua kelab dan Serie A sendiri di masa akan datang."