Kelab Ligue 1 itu menyifatkan Gonzalez -- yang dikuarantin bersama isteri selepas disahkan positif covid-19 -- sebagai "seorang pecinta sains dan kesusasteraan, dengan rasa ingin tahu yang tidak pernah berhenti".
Datuk bandar Reims, Arnaud Robinet, menganggap Gonzalez sebagai 'mangsa COVID-19'.
Kenyataan kelab itu tidak mengesahkan faktor kematian Gonzalez, sebaliknya memberi penghormatan kepada seseorang yang memiliki semangat yang tinggi, sebelum Caillot menjelaskan terkejut dengan perkhabaran ini.
"Kata-kata menggagalkan saya, saya sangat terkejut dengan berita ini.
Médecin. Artiste. Stadiste.
— Stade de Reims (@StadeDeReims) April 5, 2020
Docteur Gonzalez.
? pic.twitter.com/Wlw6Bbr7gc
"Pandemik ini telah memberikan kesan mendalam kepada Stade de Reims. Ini merupakan satu daripada personaliti Reims dan seorang yang profesional dalam sukan telah meninggalkan kita semua.
"Tugasnya bersama kelab selama 20 tahun yang lalu dijalankan dengan penuh profesionalisme, bersemangat dan tidak mementingkan diri sendiri."