Ligue 1, bersama-sama kebanyakan acara sukan utama, telah ditunda berikutan wabak berkenaan, yang telah mengakibatkan lebih daripada 27,000 kematian di seluruh dunia.
Perancis merekodkan lebih daripada 32,964 kes positif dan bagi membantu yayasan berkenaan, bintang Paris Saint-Germain (PSG) dan Perancis, Mbappe, mendermakan sejumlah besar daripada gajinya untuk kerja-kerja amal itu.
#FRATERNITÉ #SOLIDARITÉ
— FondationAbbéPierre (@Abbe_Pierre) March 27, 2020
Du talent et du cœur, @KMbappe soutient la Fondation @Abbe_Pierre. Merci à lui pour sa générosité et son attention en direction des personnes en grande précarité.
? https://t.co/utDhSLYuKH
?dr pic.twitter.com/sTShDX45Om
"Sedar akan akibat krisis kesihatan serius yang menyerang negara kita, termasuk semua kesan wabak berkenaan kepada mereka yang terjejas, Kylian Mbappe baru sahaja memberikan sumbangan yang sangat besar untuk menyokong ussaha Yayasan Abbe Pierre," kata yayasan berkenaan dalam satu kenyataan.
"Kemurahan hatinya akan membantu, khususnya dalam mengimplementasi tindakan pertolongan cemas: akses kepada air dan kebersihan untuk mereka yang dalam situasi yang sangat tidak menentu, akses kepada makanan dan tempat tinggal bagi orang-orang yang tidak berumah.
"Yayasan ini ingin berterima kasih kepada Kylian Mbappe di atas sikap pemurah dan kesedarannya terhadap mereka yang memerlukan."
Yayasan itu, bagaimanapun, tidak mendedahkan jumlah sebenar yang disumbangkan Mbappe.