Lionel Messi memuji sentimen yang dilaungkan Cristiano Ronaldo dan menggesa semua orang supaya mengikuti panduan organisasi kesihatan berikutan pandemik koronavirus baru (Covid-19).

LaLiga digantung untuk sekurang-kurangnya dua perlawanan seterusnya, sehubungan itu Messi dan rakan sepasukannya di Barcelona belum pasti bilakah cabaran merebut gelaran akan bersambung semula.

Barcelona kini di persada liga, dua mata mengatasi Real Madrid -- pemainnya diarahkan supaya mengasingkan diri selama 15 hari selepas salah seorang anggota pasukan bola keranjang kelab itu diuji positif Covid-19.

Selepas Ronaldo, Jurgen Klopp, Paul Pogba dan nama-nama terkemuka lain menggalakkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga demi kesihatan mereka, Messi turut mengikuti jejak itu dalam akaun Instagram.

Beliau berkata: "Ini adalah hari yang rumit buat semua orang.

"Kami hidup dalam kebimbangan tentang apa yang sedang berlaku dan kami mahu meletakkan diri sendiri di tempat orang-orang yang ditimpanya, sama ada secara langsung atau tidak kerana ia memberi kesan kepada mereka, keluarga, rakan-rakan ataupun kerana mereka sedang berada di barisan depan untuk memeranginya di hospital dan pusat kesihatan.

Son días complicados para todo el mundo. Vivimos preocupados por lo que está ocurriendo y queremos ayudar poniéndonos en el lugar de aquellos que peor lo están pasando, o bien porque les afectó directamente a ellos o sus familiares y amigos, o porque están trabajando en primera línea para combatirlo en hospitales y centros de salud. Quiero enviarles mucha fuerza a todos ellos. La salud debe ser siempre lo primero. Es un momento excepcional y hay que seguir las indicaciones tanto de las organizaciones sanitarias como de las autoridades públicas. Sólo así podremos combatirlo de manera efectiva. Es el momento de ser responsable y quedarse en casa, además es perfecto para disfrutar ese tiempo con los tuyos que no siempre se puede tener. Un abrazo y ojalá consigamos darle vuelta a esta situación cuanto antes. #QuedateEnCasa #StayAtHome

A post shared by Leo Messi (@leomessi) on



"Semoga mereka semua tabah."

Messi telah menyumbat 19 gol dalam 22 penampilan LaLiga musim ini dan yang terbaru dijelmakannya adalah ketika meledak gol tunggal perlawanan untuk membenam Real Sociedad pada 7 Mac lalu.

Blaugrana dijadualkan bertemu Mallorca awal pagi esok menjelang pertembungan dengan Napoli dalam Liga Juara-Juara (UCL), pertengahan minggu ini, sebelum kedua-dua perlawanan itu ditangguhkan.

Messi menambah: "Kesihatan harus diutamakan. Ia adalah tempoh yang luar biasa dan anda harus mengikuti arahan organisasi kesihatan dan pihak berkuasa awam.

"Hanya dengan cara ini kita dapat memeranginya dengan berkesan."