Ketua Eksekutif Persekutuan Bolasepak Australia (FFA), James Johnson, mahu FIFA mempertimbangkan saingan bola sepak lelaki dalam Sukan Olimpik Tokyo dijalankan dengan usia bawah 24 tahun.

Ia tampak memberi kesan kepada saingan bola sepak lelaki tatkala kebiasaannya pasukan diperkuatkan oleh skuad B-23 tetapi kebanyakan atlet dilihat terkesan dengan penangguhan yang diumumkan.

Johnson berkata dia mahukan pertimbangan daripaad FIFA agar perubahan itu dilakukan dalam Olimpik Tokyo.

"Saingan bola sepak lelaki melibatkan B-23 tetapi kami mahu membuka perbincangan dengan FIFA dan Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) agar mempertimbangkan untuk mengubahnya kepada B-24 dalam Sukan Olimpik Tokyo," katanya.

"Ia akan memastikan pemain dapat membantu pasukan negara yang layak ke saingan itu tahun ini yang kemudian ditunda sehingga tahun depan dan melepasi had umur, meraih peluang untuk memenuhi impian mewakili negara dan bergelar Olimpian."

Skuad bola sepak wanita Australia turut layak ke Sukan Olimpik yang dijadualkan bakal diadakan paling awal musim panas tahun depan.