Antonio Conte menyedari dia tidak boleh berbelanja besar namun tidak menolak kemungkinan untuk N'Golo Kante menyertai Inter dan menolak sebarang prospek untuk menjual Christian Eriksen.

Ketua pegawai eksekutif Inter, Giuseppe Marotta, menyatakan dalam sidan media bahawa kelab sedang berusaha untuk 'cuba rebut peluang' dalam jendela pepindahan tetapi tidak akan membuat pelaburan yang besar.

Achraf Hakimi dan Arturo Vidal antara pemain baru buat The Nerazzurri menjelang aksi pertama Serie A berdepan Fiorentina malam ini.

Inter turut dikaitkan dengan pemain tengah Chelsea, Kante, serta pertahanan Schalke, Ozan Kabak dan pertahanan Fiorentina, Nikola Milenkovic.

Ia turut dilaporkan bahawa gandingan tengah, Eriksen atau Marcelo Brozovic mungkin dibenarkan berhijrah, manakala Tottenham kini sedang berbincang untuk mendapatkan khidmat Milan Skriniar.



"Masa telah berubah jika dibandingkan kepada [Romelu] Lukaku [yang menyertai Inter dari Manchester United Ogos tahun lalu].

"Ia amat penting buat kami dan kami telah berusaha untuk meyakinkan presiden untuk mendapatkan khidmatnya.

"Pemain-pemain yang telah tiba bersama pasukan mampu meningkatkan lagi pengalaman dan mutu pauskan, Hakimi akan menjadi pemain yang penting.

"Kami perlu cuba memperbaiki pencapaian musim lalu, kami telah mula membuktikan kemampuan Inter."