Pep Guardiola mengakui Manchester City perlu menerima kritikan berikutan permulaan yang mengecewakan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), tetapi tidak meragui pasukannya akan bangkit.

Berikutan seri 1-1 dengan West Ham Sabtu lalu, City sekadar meraih lapan mata daripada lima perlawanan liga musim ini -- bilangan mata keseluruhan yang paling sedikit sejak musim 2014-15.

City, yang berdepan Sheffield United Sabtu ini, ketinggalan lima mata di belakang Everton dan Liverpool, namun mereka memiliki kelebihan satu perlawanan.

Bagaimananpun, situasi yang berbeza buat mereka dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Ferran Torres, Ilkay Gundogan dan Raheem Sterling -- yang meledak 18 gol dan 10 assist telah terlibat lebih banyak dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) berbanding mana-mana pemain lain dalam kelab -- menemui sasaran ketika menang 3-0 ke atas Marseille awal pagi tadi.



Sementara Guardiola menerima kritikan terhadap pasukannya, dia percaya terdapat lebih daripada cukup tanda positif untuk City bagi beberapa minggu dan bulan ke hadapan.

"Tidak," kata Guardiola yang membalas soalan BT Sport apabila ditanya jika City telah dikritik secara berlebihan.

"Kami harus menerimanya. Hari ini, dunia bola sepak berada di media sosial dan media, jadi kami bermain setiap tiga hari dan apabila anda menang anda bagus dan ketika anda tidak mahu mereka menghancurkan segalanya.

"Tetapi kelab, ketua, pemain dan pengurus tenang dan tahu apa yang perlu dilakukan. Kami menerimanya, ini adalah sebahagian daripada tugas kami.

"Yang penting kami berada di mana pasukan perlu berada, sejak bulan lalu pasukan tidak dapat membuat persiapan yang lengkap kerana beberapa pemain yang cedera, dengan isu COVID.

"UCL kini dalam kedudukan yang baik, bagi saingan EPL, kami agak ketinggalan tetapi memiliki kelebihan satu perlawanan. Sudah tiba masa untuk menggunakan rentak kami, pemain-pemain yang mula kembali bersama pasukan, saya pasti kami akan mengharungi musim yang baik."