Choupo-Moting berlatih seperti tiada hari esok -- Herrera

By Ammar Hakim 13 August 2020 229
Choupo-Moting berlatih seperti tiada hari esok -- Herrera
Pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG), Ander Herrera, memuji impak dan semangat juang Eric Maxim Choupo-Moting selepas penyerang itu muncul wira dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) selepas mengatasi Atalanta.

PSG mara ke separuh akhir UCL buat pertama kali sejak 1995 hasil kemenangan 2-1 ke atas Atalanta di Lisbon.

Ketinggalan daripada jaringan Mario Pasalic, Marquinhos menyamakan kedudukan pada minit ke-90 sebelum pemain gantian, Choupo-Moting meleburkan harapan Atalanta tiga minit sebelum tamat permainan.

Herrera memuji Choupo-Moting, yang berhijrah menyertai PSG daripada Stoke City pada 2018.
  "Semua orang penting di sini," kata Herrera. "Saya mahu bercakap mengenai Choupo kerana dia berada di penghujung kontrak, dia berjuang untuk membantu pasukan, dia berjuang untuk membantu, berlatih seperti tiada hari esok buat dirinya.

"Ia merupakan suasana yang dimiliki pasukan ini. Saya bermain hari ini tetapi jika tidak beraksi untuk perlawanan seterusnya, saya sedia membantu."

Halangan terakhir buat juara Ligue 1 itu untuk melangkah ke final Liga Juara-Juara (UCL) adalah Atletico Madrid atau RB Leipzig.


 

About Author

Ammar Hakim

Comment