Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, mencabar Edinson Cavani untuk tidak terkesan dengan kontroversi menyelebungi dirinya menjelang aksi Liga Juara-Juara (UCL) bertemu Paris Saint-Germain (PSG).

Cavani merupakan bintang dan penyelamat United ketika menang 3-2 ke atas Southampton, hadir ke dalam perlawanan sebagai pemain gantian dengan melakukan satu assist dan dua gol -- ketika melakukannya, dia menjadi pemain pertama sejak Solskjaer pada 1999 untuk terlibat dalam tiga jaringan sebagai pemain gantian dalam satu perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tetapi persembahannya dan pencapaiannya dibayangi kontroversi yang dengan imej yang dimuatnaik ke media sosial dengan kata-kata Sepanyol yang kelihatan berbaur perkauman.

Cavani membuangnya selepas diberitahu dan telah memohon maaf, menjelaskan ia sekadar untuk mengucapkan terima kasih kepada rakannya.

Awal pagi esok, United menerima kunjungan PSG -- rekod yang masih dipegang Cavani selaku penjaring gol terbanyak kelab -- dalam saingan UCL dengan satu mata memadai untuk layak ke pusingan 16.

"Kami telah berkomunikasi dengan Edi, dia amat kesal atas kesilapannya," kata Solskjaer. "Tiada niat yang berunsur perkauman, sekadar berterima kasih kepada rakannya. Kami telah menjelaskan kepadanya dan dia telah diminta untuk menjelaskan kepada FA [Persatuan Bolasepak England], dan dia telah memberikan kerjasama dan kami menyokongnya."

Solskjaer turut menegaskan kepentingan FA yang melibatkan diri, menegaskan United perlu mengambil bahagian dalam memeragi diskriminasi itu.

"Saya rasa ia adalah salah satu situasi malang di mana dia baru masuk ke negara ini, di mana di Uruguay ia digunakan dengan cara yang berbeza untuk ke sini.

"Kami akan menyokongnya, tetapi kami menyokong FA dan yang penting mereka memintanya untuk menjelaskan dan kami mahu turut serta memerangi disriminasi perkauman ini."