CAS mahu KAFA lengkapkan dokumen untuk proses rayuan

By Ammar Hakim 27 May 2020 19
CAS mahu KAFA lengkapkan dokumen untuk proses rayuan
Tempoh lanjutan dua minggu yang diberikan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), hanya untuk melengkapkan semua dokumen, untuk proses rayuan, susulan kes tunggakan gaji bekas pemain import, Casio de Jesus.

Mnurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid, sebelum ini KAFA sudah mengemukakan beberapa dokumen ke CAS, namun CAS meminta dokumen tambahan untuk mempersiapkan proses rayuan tersebut.

Tempoh lanjutan itu diberi kepada KAFA ekoran CAS mewujudkan peruntukan khas ekoran penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, KAFA yang perlu melunaskan hutang kepada Casio berjumlah lebih RM600,000 akan memanfaatkan tempoh dua minggu untuk mencari jalan alternatif termasuk mengadakan perbincangan bersama Casio berkaitan pembayaran terbabit.

"Bagi pihak KAFA, dua minggu yang dimiliki untuk memberikan dokumen bagi rayuan untuk melanjutkan tempoh pembayaran tunggakan gaji kepada Casio. Kami akan berunding dengan pihak Casio bagi menangani situasi sukar ini," kata Muzakkir.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak akan campur tangan, namun badan induk itu bersedia jika KAFA memerlukan perbincangan atau khidmat nasihat.

About Author

Ammar Hakim

Comment