Eduardo Camavinga mungkin sudah lama dikaitkan dengan Real Madrid tetapi pemain tengah remaja itu mahu melanjutkan kontraknya di Rennes.

Madrid dan Juventus dilaporkan antara pasukan yang berminat untuk mendapatkan pemain tengah berusia 18 tahun itu, yang kesepakatannya di Roazhon Park akan tamat pada penghujung musim depan.

Dalam kalangan pemain tengah berusia 21 tahun dan ke bawah yang sekurang-kurangnya sudah beraksi sebanyak 10 perlawanan dalam lima liga utama Eropah musim ini, hanya pemain Monaco, Aurelien Tchouameni (780) menghasilkan lebih hantaran berbanding Camavinga (728) tetapi pemain berbakat Rennes itu mempunyai lebih peratusan ketepatan hantaran (89.9) berbanding Tchouameni (82.1).

Mudah untuk difahami mengapa Rennes mahu mengikat pemain itu dengan kontrak baru musim ini dan ia sememangnya sesuatu yang dinantikan pemain kebangsaan Perancis itu.

Ditanya sama ada dia mahu melanjutkan kontraknya atau tidak? Camavingga menjawab: "Ya.

"Terdapat beberapa perbincangan. selepas itu, ayah saya akan bercakap mengenainya. Ia akan menjelaskan segala-galanya.

"Hanya anda (media) yang berasakan saya akan pergi. Bagi saya, buat masa ini fokus saya 100 peratus untuk kelab ini," katanya.

Camavinga menjadi pemain termuda diturunkan skuad senior Perancis sejak 106 tahun lalu ketika dia melakukan penampilan antarabangsa pertamanya bulan lalu.

Sebulan selepas itu, dia menjadi pemain termuda menjaringkan gol buat skuad Les Bleus berkenaan ketika menemui sasaran ke gawang Ukraine pada usia 17 tahun dan 11 bulan.