Brazil telah menarik diri daripada bidaan penganjuran Piala Dunia Wanita 2023 menjelang undian yang akan dijalankan bulan ini.

Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF) mengumumkan keputusan itu dalam satu kenyataan semalam tatkala proses undian akan dijalankan 25 Jun ini.

Situasi itu menyaksikan hanya tiga bidaan yang tinggal iaitu Australia dan New Zealand, Jepun dan Colombia.

Keputusan itu diambil selepas mengambil kira situasi ekonomi ekoran wabak coronavirus.

Ia juga ditambah dengan kesan daripada penganjuran acara besar sebelum ini seperti Piala Dunia 2014, Sukan Olimpik 2016 dan Copa America 2019.

"Pihak CBF membuat keputusan untuk menarik diri daripada bidaan dan menyokong usaha Colombia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita 2023," kata wakil badan itu.

Negara Amerika Selatan tidak pernah menganjurkan Piala DUnia Wanita tatkala Asia telah dua kali menerusi China pada 1991 dan 2007.