Bekas pertahanan Barcelona, Albert Ferrer, berkata The Blaugrana terlalu bergantung kepada Lionel Messi, dan ia menjadi punca kegagalan mereka untuk menjuarai LaLiga musim ini.

Ferrer, yang beraksi untuk Barcelona selama lapan tahun di antara 1990 dan 1998, memberitahu kepada FourFourTwo bahawa The Blaugrana terlalu bergantung kepada magis yang dihasilkan Lionel Messi, dan kekurang mutu dalam pasukan itu menjadi punca kegagalan mereka untuk mempertahankan gelaran liga.

Real Madrid mengatasi Barcelona untuk menjuarai LaLiga dengan berkelebihan lima mata musim ini, The Catalans yang diketuai Messi gagal untuk menjuarai liga buat kali ketiga berturut-turut di sebalik aksi cemerlang pemain kebangsaan Argentina itu.

Lionel Messi menjadi pemain pertama yang mencetak 20 bantuan jaringan, sementara meledak 20 gol dalam semusim, sebelum menamatkan saingan dengan 25 gol dan 21 bantuan jaringan untuk meraih Anugerah Pichichi.

"Ia merupakan situasi yang unik. Tiada pasukan yang boleh mengatakan mereka bergantung kepada seorang pemain berbanding Barcelona. Mereka perlu bebas daripada Messi, tetapi dia masih lagi terbaik dunia, dan saat anda memberikan bola kepadanya, dia mampu menghasilkan sesuatu.

"Ia merupakan petanda baik bahawa Barcelona masih memiliki Messi, tetapi pemain-pemain lain perlu memberikan lebih lagi, supaya semuanya tidak perlu bermula daripada Messi. Memang sukar untuk mengawal Messi tetapi apabila dikepung, anda memerlukan jalan lain."

Ferrer turut berpandangan sudah tiba masa untuk Barcelona memikirkan tentang perubahan dan membenarkan pemain untuk menjadi pengaruh dan membantu Lionel Messi, sesuatu yang dipercayai boleh berlaku dengan pemain muda, Ansu Fati.

"Barcelona perlu menjadi pemain lain penting juga, dan melakukan perkara lain untuk membantunya. Kini mereka pilihan seperti Ansu Fati."