Bale perlu usaha dapatkan minit permainan -- Mourinho

By Ammar Hakim 25 January 2021 242
Bale perlu usaha dapatkan minit permainan -- Mourinho
Gareth Bale perlu mendapatkan setiap minit permainan di Tottenham dengan Jose Mourinho menegaskan dia tidak mengambil mudah dengan pemain itu.

Dipinjamkan daripada Real Madrid dan berdepan masa depan yang tidak menentu, Bale masih belum berada d tahap terbaik sejak menggembirakan peminat Spurs apabila kembali ke kelab September lalu.

Isu mengenai kecergasan dan prestasi pemain sayap itu menyaksikan dia sekadar turun sekali dalam kebelasan utama saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), manakala masih belum menamatkan 90 minit waktu permainan.

Menjelang pertemuan dengan pusingan keempat Piala FA di Wycombe Wanderers, Mourinho ditanya adakah bermanfaat untuk memberi Bale tempoh 30 atau 60 minit untuk meningkatkan kecergasan dan keyakinannya.

Mourinho, bagaimanapun, mencadangkan persembahan dalam latihan memegang kunci terhadap keputusannya. 

Bekas ketua jurulatih Madrid itu berharap Bale akan melewati minggu ini tanpa kecederaan untuk meningkatkan peluangnya beraksi bertemu Wycombe. 

"Saya tidak boleh berikan pemain minit permainan," kata Mourinho tentang Bale. "Minit di atas padang adalah sesuatu yang tidak boleh saya berikan. Saya tidak akan mengambil langkah ini.

"Kami mengetahui dia berdepan beberapa musim yang sukar. Kami mengetahui dia tiba mengalami kecederaan. Kami mengetahui terdapat naik turun dalam musim ini.

"Perkara paling penting adalah konsisten dan latihan tanpa sebarang masalah.

"Apabila seseorang pemain berlatih dengan intensiti tinggi secara konsisten dan tidak memiliki sebarang masalah, pemain tersebut akan bersedia untuk beraksi.

"Minggu ini, Bale telah berlatih sama dengan pemain ini dengan intensiti yang bagus.

"Kami akan menilai dan melihat bagaimana keadaan semasanya.

"Jika dia cergas, dia akan diturunkan akan bermain dalam perlawanan seterusnya."
 

About Author

Ammar Hakim

Comment