Bek kiri, Jordi Alba, kecewa selepas mendengar cemuhan daripada penyokong Barcelona tatkala mereka bergelut untuk mengatasi Real Sociedad, menuntut reaksi apabila dia menjaringkan gol.

Barca menewaskan Sociedad 1-0 di laman sendiri hasil sepakan penalti Lionel Messi pada lewat permainan sekali gus menamatkan catatan enam kemenangan berturut-turut dalam semua kejohanan.

Sociedad merupakan antara pasukan LaLiga yang berada dalam prestasi terbaik dan mereka jelas memberikan kesukaran buat tuan rumah di Camp Nou.

Alba menyedari cemuhan dan siulan daripada penyokong sambil bek kiri Sepanyol itu memberi isyarat tangan di telinga setelah meledakkan gol pembukaan tetapi jaringan itu dibatalkan.

"Saya menghormati penyokong tetapi mereka juga perlu lakukan perkara sama," katanya.

"Tiada siapa suka dicemuh terutama selepas 15 minit permainan.

"Benar, banyak perkara perlu kami tingkatkan tetapi disiplin dalam pasukan tetap baik."

Pengendali pasukan, Quique Setien, memuji kualiti dimiliki La Real, apabila menambah: "Pasukan masih belum hilang keyakinan tetapi penyokong tidak boleh menerima lawan dapat mendominasi kami.

"Saya memberikan La Real banyak pujian. Kami telah banyak lakukan perkara bagus. Kami lebih berpeluang berbanding mereka.

"Akhirnya, anda meraih kelebihan kerana anda lebih bagus. Sociedad memiliki tiga atau empat pemain yang sesuai di Barcelona."