Aksi Kedah-Sabah bertukar venue ke Stadium KLFA

By Ammar Hakim 15 September 2020 358
Aksi Kedah-Sabah bertukar venue ke Stadium KLFA
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) meluluskan permohonan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) untuk perlawanan Liga Super antara Kedah dan Sabah ditukar venue dari Stadium Darulaman ke Stadium KLFA Cheras.

Menerusi Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ab Ghani Hassan, yang mengesahkan perlawanan itu juga dipinda dari Sabtu ini ke Isnin depan.

"MFL menghormati keputusan pihak kerajaan, dan mematuhi keputusan mengenai tiada acara sukan dapat dijalankan di Kedah dan MFL telah membuat keputusan untuk membenarkan Kedah beraksi di stadium berkecuali," kata Ghani.

Ghani bagaimanapun menegaskan penggunaan Stadium KLFA bagi venue tuan rumah Kedah hanya sementara.

Skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak itu dijangka kembali beraksi di Stadium Darulaman dalam perlawanan berkutnya.

Untuk rekod, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah Kota Setar dikuatkuasakan sehingga 25 September ini.

Sekali pun impak Covid-19 sedikit sebanyak menjejaskan penjadualan liga, MFL mengambil situasi itu sebagai perkara positif.

"Kami berharap setiap SOP dikuti dengan sebaik mungkin dan berdoa supaya tiada sebarang individu yang terlibat dalam saingan Liga Malaysia tidak terpalit dengan Covid-19," katanya lagi.

Sementara pengurus Kedah, Al-Naliq Hasmi Abu Hassan, mengakui isu venue menjadi perkara utama dalam perbincangan antara penganjur MFL dan Sabah.

Namun akur dengan keputusan yang dibuat pihak MFL dengan KLFA sebagai venue pilihan menjelang perlawanan yang akang berlangsung 21 September ini.

Bagi pengurus Sabah, Henry Simpon, pula, hanya menurut setiap keputusan yang dikeluarkan MFL berhubung keperluan aksi antara Kedah dan Sabah yang berlangsung di venue berkecuali.

KLFA menjadi pilihan selain pertukaran tarikh juga berlaku untuk urusan logistik.

About Author

Ammar Hakim

Comment