Penantian penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin, untuk menyertai kelab Liga Belgium, KV Kortrijk, berakhir setelah menandatangani bersama pasukan itu sebentar tadi.

Selepas ia telah ditangguh sejak bulan, pemain berusia 18 tahun itu akhir sah berhijrah ke KV Kortrijk, kelab yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan, dengan kontrak selama lima tahun serta bakal bersaing dalam Liga Divisyen Pertama A Belgium.

Luqman, yang tersenarai antara 60 bakat terbaik muda dunia menerusi Guardian's Next Generation's, merupakan pemain Malaysia pertama yang mendapat kontrak untuk bermain di Belgium, sebuah negara yang berada di kedudukan pertama dalam ranking dunia FIFA.

"Walaupun pihak pengurusan berpandangan Luqman agak terlalu muda untuk menyertai pasukan tersebut, tetapi kami mahu memberikan peluang kepadanya. Selepas tersenarai sebagai 60 pemain terbaik remaja dunia, ia merupakan platfom buat pemain itu membuktikan kemampuannya di pentas antarabangsa," kata Vincent dalam majlis yang diadakan di ibu negara, sebentar tadi.

"Kita semua harus memberikan sokongan kepadanya dan mengelak daripada memberikan kata-kata negatif."

Tambahnya lagi, "Buat Luqman, anda harus mempelajari bahasa inggeris bagi berkomunikasi dan menggunakan setiap peluang yang diberikan, anda harus memberikan yang terbaik dan berusaha untuk menjaringkan gol."



"Saya mahu mengucapkan syukur selepas berjaya menandatangani kontrak bersama KV Kortrijk. Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Vincent Tan bagi menjayakan impian saya beraksi di peringkat antarabangsa, Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Program Pembangunan Bola Sepak Negara Malaysia (NFDP).

"Saya sangat berbangga dengan saat ini dan akhirnya dapat beraksi di Eropah."

"Perasaan tertekan dan gemuruh beraksi di tempat baru sentiasa akan hadir. Tetapi saya perlu melawannya dan cuba memberikan yang terbaik di sana nanti."

Ikuti temubual secara langsung bersama Luqman.