Wabak koronavirus: MABA lega elak hukuman FIBA 

By Shaiful Shamsudin 21 February 2020 90
Wabak koronavirus: MABA lega elak hukuman FIBA 
Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) diselamatkan 12 pemain berstatus veteran serta bakat liga pembangunan daripada dikenakan hukuman dan denda berat badan induk dunia Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) gara-gara wabak koronavirus baru (corvid-19).

MABA pada asalnya mengusulkan penangguhan aksi kelayakan Piala Asia 2021 menentang Taiwan di laman lawan, hari ini.

Permohonan itu bagaimanapun ditolak dan penarikan diri akan menyaksikan mereka boleh dikenakan hukuman berat.

Bagaimanapun, badan pentadbir kebangsaan itu terpaksa membentuk skuad dalam kalangan pemain di luar program kebangsaan untuk kelayakan kali ini.

Pendekatan diambil selepas kegusaran daripada pihak keluarga pemain kebangsaan untuk terbang ke Taiwan.

"Mereka menolak permohonan kami jadi kami terpaksa pergi.

"Dalam masa yang singkat, kami bernasib baik apabila ada pemain yang tampil ke depan.

"Kalau tidak tampil, kami akan didenda Swiss Franc berjumlah 300,000 (RM1,2 juta) selain digantung keahlian.

"Jumlah denda itu menakutkan kami. Kalau kami mempunyai begitu banyak wang, mengapa tidak ia gunakan duit untuk menaikkan nama pemain negara berbanding melakukan pembaziran tanpa turun beraksi.

"Saya sekali lagi ingin berterima kasih kepada pemain yang tampil ke depan," kata Timbalan Setiausaha Agung MABA, Sim Sin Heng, kepada wartawan Nadi Arena, Shahrazad Sani, di ibu negara hari ini.

Dalam aksi hari itu, aksi separuh masa pertama jelas menyaksikan penguasaan sepenuhnya pasukan tuan rumah apabila mendahului 64-32.

Paling menyerlah buat pasukan tuan rumah adalah pemain yang beraksi bersama Guangdong Dongguan dalam liga di China, Ying-Chun Chen, yang muncul sebagai penyumbang mata utama.

Skuad negara yang diketuai Chi Li Wei bagaimanapun cuba bangkit dalam suku seterusnya menerusi ketangkasan Wee Yong Gun namun masalah bertahan mengekang mereka, ditambah pula dengan defisit mata yang agak jauh ketinggalan 93-40.

Tiada apa mampu yang dilakukan skuad negara hingga ke penghujung saingan untuk tewas 48-152.

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment