Bintang Milwaukee Bucks, Jrue Holiday, melabel Stephen Curry seperti 'alien' ketika bintang Golden State Warriors itu terus mempesonakan NBA.

Curry telah menjaringkan sekurang-kurangnya 30 mata dalam 11 perlawanan sebelumnya - yang paling lama dilakukan mana-mana pemain berusia 33 tahun ke atas dalam sejarah NBA - sebelum rentetan bekas MVP dua kali itu berakhir ketika menentang Washington Wizards Rabu lalu.

Legenda Los Angeles Lakers, Kobe Bryant, sebelum ini memegang rekod itu, melakukan 10 perlawanan berturut-turut pada 2012.

Rentetan Curry bermula dengan 32 mata ke atas Chicago Bulls pada 30 Mac. Sepanjang 11 perlawanan, juara NBA tiga kali itu melakukan 78 kali balingan tiga mata, turut menjadi rekod baru NBA.


"Dia seperti alien. Saya tidak mampu memahaminya," kata Holiday.

"Saya melakukan faul terhadapnya sebelum dia melakukan balingan daripada tengah gelanggang.

"Saya cukup yakin bahawa dia bahkan tidak melihat jaring, dan dia masih hampir berjaya.

"Dia sememangnya seorang pemain yang luar biasa."