Los Angeles Lakers terus pincang tanpa LeBron James dan sekali lagi tumbang dalam perlawanan NBA sementara Giannis Antetokounmpo terus menyinar, sebentar tadi.

Tanpa kelibat James (pangkal paha), Lakers mengalami kekalahan kedua berturut-turut apabila ditewaskan Houston Rockets 97-113.

James Harden memimpin kejayaan Rockets itu dengan koleksi 39 mata menerusi 11 daripada 19 percubaan selain menyumbang 12 bantuan jaringan dan lapan rebound di Walt Disney World Resort.

Dengan ketiadaan bintang utama pasukan itu, Anthony Davis menggalas watak utama menyumbang 17 mata dan 12 rebound buat Lakers.

Berikutan kekalahan berturut-turut itu jugak, Milwaukee Bucks meraih kedudukan teratas dalam saingan Persidangan Timur dengan mengalahkan Miami Heat 130-116.

The Bucks memadam defisit 23 mata yang menyaksikan Antetokounmpo menamatkan perlawanan itu dengan 33 mata dan 12 rebound manakala rakan sepasukannya, Khris Middleton, turut mengumpul catatan serupa.