Anthony Davis berasakan dia mula menemui '20 peratus' daripada aksi terbaik selepas merekodkan kutipan mata tertinggi musim ini bagi membantu Los Angeles Lakers menang ke atas Phoenix Suns.

Davis beraksi dalam perlawanan ke-10 sejak pulih daripada kecederaan Achilles dan betis yang memaksanya berehat lebih daripada dua bulan.

Dia memperoleh 42 mata dan 12 rebound, sementara melakukan lima assists, ketika mmebantu Lakers mengatasi Suns 123-110 di Los Angeles semalam.

Ia merupakan kali ketujuh dalam karier Davis memperoleh 40 mata, dalam satu perlawanan. Satu-satunya pemain yang mengatasi Davis sejak 35 tahun yang lalu adalah Michael Jordan (14).

The Lakers kini hanya ketinggalan satu perlawanan bagi meraih tempat keenam barat, di mana memastikan mereka layak ke saingan seterusnya, dan Davis berasakan dia mula mendapatkan rentak terbaiknya.

"Saya pada 20 peratus diri saya yang lama!" katanya. "Saya berasa amat baik. Saya mula mendapatkan rentak dengan gerakan, mula mendapatkan langkah di seluruh gelanggang.

"Saya berasa baik, bermain dengan lebih baik dalam setiap perlawanan.

"Saya tidak berasa berat sepanjang perlawanan, setiap lontaran yang dilakukan, saya tidak menggunakan tenaga yang banyak. Kaki saya tidak mengalami sebarang masalah -- itu perkara paling penting."