Los Angeles Clippers menandatangani pemain berstatus ejen bebas, Joakim Noah, demikian diumumkan pasukan itu awal pagi tadi.

Pemain yang tersenarai sebagai All-Star sebanyak dua kali itu meninggalkan Memphis Grizzlies pada penghujung musim lalu.

Pertahanan terbaik tahun 2014 itu menyertai Grizzlies pada penghujung 2018 selepas disingkirkan New York Knicks dan diturunkan sebanyak 42 kali sepanjang musim 2018-19.

Noah, 35, merekodkan purata 7.1 mata dan 5.7 rebound bagi setiap perlawanan sepanjang berada di Memphis.

"Joakim adalah pesaing yang tidak akan berhenti dan pemenang yang sudah terbukti," kata Presiden Operasi Bola Keranjang Clippers, Lawrence Frank.

"Pengalaman, ketajaman dan ketahannya amat sesuai dengan bilik persalinan kami."

Clippers, yang merekodkan 43-20, kini menduduki tangga kedua Liga Bahagian Barat.