Bintang Los Angeles Lakers, LeBron James, berkata bahawa "ia bukan satu penamat" selepas kematian Kobe Bryant.

Legenda Lakers itu dan anaknya yang berusia 13 tahun, Gianna, terbunuh bersama tujuh yang lain dalam satu nahas helikopter di California bulan lalu.

Ribuan peminat hadir ke Staples Center kelmarin bagi memperingati mendiang bekas pemain itu -- balunya, Vanessa, Michael Jordan dan Shaquille O'Neal turut memberikan ucapan dengan nada hiba.

James turut memperingati khidmat dan kematian Bryant menjelang pertemuan NBA di antara Lakers dan New Orleans Pelicans awal pagi tadi.


"Ia bukan satu penamat. Ia tidak akan menjadi satu penamat.

"Maksud saya, kami akan meneruskan legasinya dan akan terus memenuhkan hati kami dengan kesedihan dan kegembiraan buat keluarganya yang masih ada.

"Ia bukan satu penamat tetapi satu keraian yang disambut baik bukan sahaja buat peminat Lakers, bukan hanya untuk keluarganya di sini, bahkan buat seluruh dunia," katanya.


James menambah: "Secara emosinya, saya terjejas, sama seperi orang lain.

"Satu lagi hari yang mencabar buat kita semua.

"Seperti yang anda dengar ketika saya katakannya berulang kali apabila anda bertanyakan kepada saya mengenai keseluruhan situasi ini.

"Ia pasti sukar untuk memperkatakan mengenainya.

"Mencuba untuk tidak menoleh ke belakang. Ia hanya terlalu sukar.

"Satu perkara yang saya boleh katakan ialah tentang betapa kuat, betapa tabah dan betapa hebatnya Vanessa.

"Untuk berdiri di sana seperti yang dilakukannya, untuk memberikan ucapan seperti yang diberikannya. Saya memujinya.

"Hati saya tetap bersama keluarganya. Bersama tiga anak perempuannya yang masih di sini bersama isterinya.

"Bersama ibunya dan kakaknya.

"Ia hanya hari yang amat sukar.

"Sudah pasti ia satu keraian tetapi ia hari yang sukar buat kita semua.

"Jadi, saya menghargainya.

"Jika kami dapat melupakannya malam ini, ia sesuatu yang baik," katanya lagi.