Tonggak Duke Blue Devils, Vernon Carey Jr, mengumumkan bahawa dia akan menyertai draf NBA 2020 dan menjadi pemain terbaru yang akan meninggalkan pasukan itu.

Carey, yang berketinggan enam kaki dengan berat 270 pound, merekodkan purata 17.8 mata, 8.8 rebound dan 1.6 hadangan bersama Duke sepanjang musim ini dan dinamakan sebagai muka baru terbaik tahunan dalam Liga Bahagian Pantai Atlantic.

Dia juga turut terpilih sebagai Muka Baru Terbaik Kebangsaan oleh Persatuan Penulis-Penulis Bola Keranjang Amerika Syarikat.

"Saya suka bersaing dengan rakan sepasukan saya di pentas terbesar dalam bola keranjang kolej," ciapnya dalam Twitter.

"Kami mencipta kenangan yang saya akan hargai selama-lamanya, saya berkembang sebagai seorang pemain dan individu, dan saya berasa bersedia untuk mengambil langkah seterusnya."