Bradley Beal gembira dapat berdiri sebaris dengan Kobe Bryant selepas muncul pemain pertama sejak pemain legenda itu untuk menyumbang melebihi 50 mata dalam dua perlawanan berturut-turut.

Pemain berusia 26 tahun itu merekodkan 53 mata ketika Washington Wizards menumbangkan Chicago Bulls 126-117 manakala mencipta jaringan tertinggi peribadi, 55 mata, ketika menentang Milwaukee Bucks.

Walaupun ia satu pencapaian yang mengejutkan, Wizards gagal mengelak kekecewaan apabila tewas 134-137 kepada pendahulu Persidangan Timur itu dengan Khris Middleton mencatat 40 mata.



Beal melakar catatan itu ketika hari Bryant dimasyhurkan di Pusat Staples di Los Angeles susulan kematian tragisnya dalam nahas helikopter bulan lalu.

Legenda Los Angeles Lakers itu merupakan pemain terakhir yang melakukan 50 jaringan dalam rentetan dua perlawanan pada Mac 2007 dan ia sesuatu yang tidak disedari Beal akan sehinggalah menuju tamat permainan itu.

"Ia sesuatu yang gila," katanya kepada NBC Sports Washington.

"Saya tidak menyedarinya, ia sesuatu yang Kobe pernah capai.

"Upacara hari ini telah membangkitkan sentimen itu, air mata kami menitis lagi hari ini."

Beal menyertai senarai hanya tiga pemain yang pernah melakukan 53 mata dalam dua perlawanan berturut-turut di samping James Harden dan Wilt Chamberlain.

"Pencapaian ini cukup mengujakan," katanya dipetik oleh The Athletic.

"Saya mahu menang tetapi pencapaian ini sesuatu yang menarik.

"Mereka adalah dua pemain terbilang. Dua pemain bertaraf Dewan Kemasyhuran dan saya gembira dapat sebaris dengan mereka.

"Saya mendapat rentak dan menikmatinya. Itulah perlawanan paling menyeronokkan yang pernah saya mainkan."