ABL: Dragons lonjak ke tangga keempat

By Ammar Hakim 6 March 2020 20
ABL: Dragons lonjak ke tangga keempat
KL DRAGONS 70 SINGAPORE SLINGERS 67

KL Dragons berjaya lonjak satu anak tangga ke kedudukan keempat Liga Bola Keranjang ASEAN (ABL) setelah menang ke atas Singapore Slingers dengan keputusan 70-67 di Stadium MABA.


Pertembungan sengit semenangnya sudah dijangka dalam aksi pertemuan keempat kedua-dua pasukan.

Dragons bermula garang di suku pertama apabila berjaya mendahului dengan 19-16 namun Slingers tidak mudah berputus asa untuk bangkit memberikan tekanan dan Marcus Ryan Elliott antara nadi penting membantu pasukan pelawat menghasilkan tambahan 20 mata dan dipisahkan dengan satu mata pada penghujung separuh masa pertama (37-36).

Bersambung suku ketiga, aksi semakin sengit yang mana mata saling berkejaran dan di penghujung, Cade Davis menjadi penyelamat dengan 'lay up' menarik bagi memastikan Dragons kekal berkelebihan satu mata, 55-54.

Corak permainan konsisten kedua-dua pasukan berlanjutan ke suku terakhir, tetapi ternyata peranan William Artino memberikan impak besar buat Dragons apabila keseluruhan menghasilkan 25 mata sekali gus membantu pasukan mencatat kemenangan 70-67.

About Author

Ammar Hakim

Comment