Pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia, terlepas peluang meraih kejuaraan pertama musim ini selepas saingan Terbuka Jerman yang sepatutnya berlangsung pada 3 hinggan 8 Mac depan dibatalkan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memaklumkan bahawa Terbuka Jerman 2020 yang akan diadakan di Mülheim an der Ruhr dibatalkan.

Setakat ini, satu kejohanan badminton dibatalkan sambil Terbuka poland ditangguhkan susulan kebimbangan terhadap penularan COVID-19 di benua Eropah.

Walaupun hampa tidak berpeluang beraksi dalam kejohanan itu, Zii Jia tetap meneruskan latihan secara intensif untuk mempersiapkan diri bagi menyertai kejohanan seterusnya, Seluruh England.

"Untuk kelayakan Olimpik, jika tiada apa masalah, saya rasa akan berikan yang terbaik. Namun, untuk pilihan, ia penting untuk saya tetapi jika melihat undian, pemain kelompok 20 dunia akan beraksi di Jerman," ujar pemain berusia 21 tahun itu.

Dia bakal menerima tentangan sengit berdepan wakil Indonesia, Jonatan Christie, dalam pusingan pertama kejohanan Seluruh England, bulan depan.

"Pusingan pertama memang bertemu Christie, kemudian saya pernah tewaskan dia. Diharapkan dia tidak ke Jerman membolehkan saya membalas dendam."