Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akhirnya bersemuka dengan media antarabangsa walaupun hanya di pentas maya.

Sesi yang dilangsungkan hari ini itu menjawab pelbagai persoalan tentang kemunculan semula badminton kompetitif terutama saingan jelajah Asia Januari 2021.

Sidang media maya itu dikendalikan presiden BWF, Poul Erik Hoyer dan Setiausaha Agung, Thomas Lund.

BWF’s keenness in getting badminton events going once again despite challenging circumstances, and with due...

Posted by BWF — Badminton World Federation on Tuesday, September 29, 2020


Selain jelajah Asia , antara topik perbincangan termasuk keperluan mengembalikan semula kutipan mata ranking dunia yang menjadi sumber motivasi utama kepada pemain terbaik.

Kali terakhir mata ranking ditawarkan adalah dalam Kejohanan Seluruh England yang berlangsung Mac lalu.

"Lebih baik ranking dunia ini kembali diaktifkan Januari depan.

"BWF seharusnya sudah boleh menghidupkan sistem ranking sebaik saingan di Asia bermula Januari tahun depan.

"Kalau ia sudah boleh dimulakan, maka ia akan mempengaruhi pungutan mata ke Sukan Olimpik Tokyo 2021," kata perseorangan utama lelaki negara, Lee Zii Jia.