Lee Zii Jia berdepan tugas sukar untuk bangkit daripada penyingkiran awal saingan Terbuka Thailand selepas diundi dalam kumpulan yang sama dengan Viktor Axelsen, Chou Tien-chen dan Anthony Ginting dalam Jelajah Dunia Akhir 2020.

Wakil negara itu berdepan ancaman untuk kelihatan sepi bagi saingan minggu berikutan tersingkir daripada pusingan pertama saingan Terbuka Thailand apabila tewas kepada pemain India, Sameer Verma.

Dia turut tewas dalam suku akhir kepada Chou straight set dalam suku akhir bagi saingan dua minggu lalu.



Kini diberikan peluang untuk bangkit namun berdepan tugas sukar apabila diundi bersama barisan pemain terbaik dunia untuk merebut tempat ke separuh akhir.

Axelsen, yang menewaskan Zii Jia dalam separuh akhir Seluruh England tahun lalu, dalam prestasi terbaik apabila merangkul kedua-dua kejuaraan Terbuka Thailand.

Chou dan Ginting turut mencari peluang untuk bangkit jadi ia meningkakan darjah kesukaran buat Zii Jia merebut peluang.

Bagi kumpulan B, dibarisi Anders Antonsen, Wang Tzu Wei, K. Srikanth dan Angus Ng Ka Long.