Lee Zii Jia terus dikecewakan lagi dalam siri Terbuka Thailand dan kali ini tersungkur di tangan Sameer Verma di Impact Arena, sebentar tadi.

Perseorangan negara itu mengulangi kesilapan sama seperti ketika menawan set pertama 21-18 yang menyaksikannya memilih jalan sukar tatkala mendahului selesa 17-12.

Begitupun, set berikutnya tidak lagi memihaknya apabila gagal memanfaatkan kelebihan 10 mata sebelum diikat lawan dari India itu 20-20 selain memiliki tujuh kesempatan mata akhir.

RESULTS: TOYOTA Thailand Open R1 #MAS ?? Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (5) def. #GER ?? Jones Ralfy Jansen-Kilasu Ostermeyer 21-13 21-13 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Monday, January 18, 2021



Sameer mengambil kesempatan itu untuk menutup permainan set kedua berkenaan dengan kemenangan 27-25 menerusi pendahuluan dius pertamanya.

Sameer -- jurang 21 anak tangga dengan Zii Jia yang di kedudukan 10 dunia -- terus mengorak langkah untuk mendahului lawannya biarpun ada usaha lawannya untuk menghambat mata.



RESULTS: TOYOTA Thailand Open R1 #MAS ?? Aaron Chia-Soh Wooi Yik (8) def. #THA ?? Weeraphat Phakjarung-Wongsathorn Thongkham 21-10 21-18 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Monday, January 18, 2021




Permintaan pemain kelahiran Kedah itu untuk mencabar keputusan pengadil dalam mata akhir sekadar menangguhkan lagi keperitannya terkandas 19-21 dalam pusingan pertama selepas gagal melepasi peringkat suku akhir dalam siri pertama Terbuka Thailand, Jumaat lalu.


RESULTS: TOYOTA Thailand Open R1 #MAS ?? Goh V Shem-Tan Wee Kiong def. #KOR ?? Kim Gi Jung-Lee Yong Dae 6-2 retired *V Shem-Wee Kiong through to Round 2 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Monday, January 18, 2021