Awal pertemuan itu memperlihatkan potensi wakil beregu campuran profesional negara tersebut mampu lolos ke separuh akhir di Impact Arena, esok, dengan bergaya selepas mengungguli set pertama 21-18.
Rentak itu dikekalkan apabila mereka menguasai separuh perjalanan set kedua 11-8 dan pendahuluan enam mata di kedudukan mata ke-18 bagaimanapun disia-siakan oleh pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 berkenaan.
Mereka seharusnya menyalahkan diri sendiri biarpun tiga kali berpeluang menamatkan perjuangan lawan dari India itu.
RESULTS: TOYOTA Thailand Open QF #IND ?? Satwiksairaj Rankireddy-Ashwini Ponnappa def. #MAS ?? Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (5) 18-21 24-22 22-20 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers
Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Thursday, January 21, 2021
Set penentuan berlangsung sengit tetapi Satwiksairaj-Ashwini mula mengasak Liu Ying -- banyak menyumbang mata menerusi permainan di jaring -- yang semakin dicengkam masalah belakang.
Penderitaan itu cuba diketepikannya pada hujung pertarungan apabila berjaya mengheret permainan bertaraf super 1000 berkenaan ke dius sebelum terpaksa akur disingkirkan 20-22.