Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, terpaksa bekerja keras untuk mengesahkan kemaraan dalam Terbuka Switzerland.

Berdepan pasangan Thailand bagi hari pertama, Nipitphon Phuangphuapet-Benyapa Aimsaard, gandingan pilihan pertama dalam kejohanan itu berjaya mengambil set pertama 21-15.

Namun Phuangphuapet-Aimsaard tampil garang dalam set kedua untuk mendahului 8-2, sebelum menang 21-15, sekaligus memaksa set penentuan.

Persaingan lebih sengit menyaksikan kedua-dua beregu itu saling mendahului dalam set ketiga tetapi Peng Soon-Liu Ying berjaya mencipta jurang selepas mata kelapansehingga menang 21-19.

Lawan seterusnya dari Perancis, Ronan Labar dan Anne Tran.