Dua beregu campuran profesional negara menempa nasib berbeza dalam suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland sebentar tadi.

Pasangan Tan Kian Meng-Lei Pei Jing muncul wakil pertama negara yang turun beraksi di Basel hari ini.

Beregu pilihan kelima kejohanan itu tidak mengecewakan apabila mengatasi saingan sengit daripada wakil India, Sarwiksaraj Rankireddy-Ashwini Ponnappa, dengan kemenangan 21-17, 16-21, 21-18 dalam masa sejam 10 minit, sekali gus layak ke separuh akhir.

RESULTS: YONEX Swiss Open QF #MAS ?? Tan Kian Meng-Lai Pei Jing(5) def. #IND ?? Satwiksairaj Rankireddy-Ashwini Ponnappa 21-17 16-21 21-18 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Friday, 5 March 2021


Bagaimanapun, kecemerlangan itu gagal dituruti satu lagi beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, yang terkandas dalam suku akhir.

Turun selaku pilihan utama kejohanan, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu gagal memanfaatkan permulaan baik mereka selepas memenangi set pertama 21-14.

Pasangan negara itu kemudian membenarkan lawan dari Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje, bangkit mengungguli set berikutnya 21-19, 21-15 dan terpaksa akur perjuangan mereka tamat setakat itu.

RESULTS: YONEX Swiss Open QF #DEN ?? Mathias Christiansen-Alexandra Bøje def. #MAS ?? Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (5) 14-21 21-19 21-15 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Friday, 5 March 2021