Kehadiran China dalam saingan Terbuka Malaysia 2021 buat juara Seluruh england 2021, Lee Zii Jia, teruja untuk turun ke gelanggang.

Jika tiada aral melintang maka Terbuka Malaysia jadi penampilan sulung skuad tembok besar dalam era pandemik Covid-19.

Ikuti perkongsian Zii Jia bersama Shahrazad Sani yang baru sahaja turun ke gelanggang untuk sesi latihan selepas skuad negara dilanda wabak itu.

Dalam saingan perseorangan lelaki, kem China turun dengan tiga wakil diketuai bekas juara dunia dan Olimpik, Chen Long.

Dan salah seorang daripada mereka, Lu Guangzu berada dalam kelompok undian Zii Jia.

Lebih mengujakan, kesemua perseorangan dalam kalangan 10 terbaik dunia bakal tampil dalam Terbuka Malaysia.

"Saya telah kuarantin selama dua minggu sebelum ini dan baru sahaja memulakan latihan dan ia akan menjadi satu cabaran bagi saya," kata Zii Jia.

"Saya akan teruja menerima kehadiran lebih ramai pesaing utama dalam Terbuka Malaysia kali ini. Kali terakhir beraksi dalam Terbuka Malaysia dalam separuh akhir bertemu Kento Momota, pengalaman terakhir merupakan satu kenangan yang sangat baik bagi saya. Saya berharap untuk kekal cemerlang dan maju ke hadapan."