Pemain perseorangan badminton Sukan Malaysia (Sukma) Sabah kembali telah menjalani latihan dengan norma baru.

"Pemain telah mula menjalani latihan di Olimpia Inanam sejak Isnin minggu lalu. Bagi mematuhi SOP (prosedur operasi standard) tidak boleh ada sentuhan fizikal, hanya pemain perseorangan yang menjalani latihan buat masa ini.

"Kami masih menunggu kelulusan daripada KBSS (Kementerian Belia dan Sukan Sabah) untuk pemain beregu menjalani latihan," kata Presiden Persatuan Badminton Sabah (SBA), Janih Bangud, ketika dihubungi baru-baru ini.

Janih berkata barisan pemain menjalani latihan selama lima hari seminggu, iaitu di gelanggang pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat manakala Selasa dan Khamis dikhaskan untuk latihan membina kecergasan menerusi larian bukit dan larian jarak jauh.



Pemain perseorangan badminton Sukan Malaysia (Sukma) Sabah kembali telah menjalani latihan dengan norma baru.

"Buat masa ini, kami hanya menjalankan latihan kerana kejohanan tidak dibenarkan sehingga Ogos depan," katanya lagi.

Tambah beliau, latihan dikendalikan tiga jurulatih iaitu Timmy Foo, Abdul Malik Zainal dan Yang Ket Liang.