Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, masih belum berpuas hati biarpun mereka kini berada di ranking ketujuh kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu mahu menambah mata kelayakan mereka dalam baki tiga kejohanan edisi ini bagi melayakkan diri dengan kedudukan yang lebih selesa.
"Saya rasa ia masih belum cukup memandangkan sasaran kami untuk berada di ranking empat teratas masih berlum tercapai," kata Peng Soon kepada Nadi Arena.
Lui Ying menambah: "Tiada kejohanan sepanjang tahun lalu, jadi kami memerlukan masa untuk mendapatkan suasana kejohanan.
"Sehingga kini barulah kami mendapat suasana kejohanan sebenar dan masih terdapat beberapa kejohanan yang boleh memberikan kami lebih keselesaan di atas gelanggang.
"Jika kami terus beraksi dalam tiga kejohanan ini, saya rasa ia akan mencukupi," katanya.
Dalam pada itu, Liu Ying turut meluahkan rasa lega setelah menerima suntikan pertama vaksin COVID-19.
Baginya, ia dapat meningkatkan keyakinannya untuk menyertai kejohanan di luar negara berbanding sebelum ini.
"Sebelum ini, kami agak takut untuk ke luar negara kerana situasi paling bahaya adalah ketika di lapangan terbang dan di dalam pesawat penerbangan.
"Jadi, selepas divaksin, mungkin kebimbangan itu berkurangan," katanya.
Muzaffar Musa
Fri Apr 16 2021
Piala Thomas/Uber: Filem Best of the Best jadi inspirasi skuad negara
Filem Hollywood, Best of the Best, menjadi inspirasi buat skuad badminton negara menjelang Kejohanan Piala Thomas dan Uber di Chengdu, China bermula hujung bulan ini.
Piala Thomas: Justin Hoh sedia sahut cabaran
Ketika status kecergasan pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong, yang masih menjadi tanda tanya, skuad negara diberi sinar baru apabila perseorangan muda negara, Justin Joh, mengesahkan bahawa dirinya kini sudah pulih 100 peratus dari kecederaan sepanjang musim 2023 dan 2024.
Sze Fei-Nur Izzuddin lonjak empat anak tangga
Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, mempamerkan peningkatan ketara dalam ranking dunia selepas muncul naib juara Kejohanan Badminton Asia minggu lalu.
BAM perlu lebih berani -- Sadek Mustafa
Status terkini Tze Yong masih belum diketahui
Pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong, menimbulkan persoalan sama ada dia akan menyertai kejohanan Piala Thomas itu ataupun tidak ekoran kecederaan yang membelenggu dirinya.
"Tidak adil kepada pemain lain"-- Roslin Hashim
Pelbagai reaksi dan persoalan yang dilontarkan terhadap isu wang pampasan yang diberikan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM), kepada jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia.
Isu pampasan: Patriotisme perlu atasi perkara lain
Patriotisme perlu mengatasi perkara lain, kata pemerhati sukan terkenal, Datuk Dr. Pekan Ramli, mengenai isu pampasan melibatkan perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia.
Kejohanan Badminton Asia: Sze Fei-Nur Izzuddin pamer semangat juang tinggi sebelum muncul naib juara
Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, mempamerkan semangat juang tinggi sebelum tewas kepada gandingan pilihan ketiga dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, dalam final Kejohanan Badminton Asia di Ningbo sebentar tadi.
Kejohanan Badminton Asia: Sze Fei-Nur Izzuddin langkau keupayaan Aaron Chia-Wooi Yik ke final
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menamatkan badi kekalahan kepada beregu utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sejak 2019 untuk mara ke final Kejohanan Badminton Asia.
Kejohanan Badminton Asia: Laluan Lee Zii Jia disekat perseorangan Indonesia
Hasrat untuk menyaksikan perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia tidak kesampaian apabila tewas secara set langsung kepada wakil Indonesia, Jonatan Christie, dalam aksi suku akhir di Ningbo, China sebentar tadi.
Michail Antonio felt officials were against West Ham after European exit
Jurgen Klopp accepts lack of threat cost Liverpool dear in European exit
Liverpool exit Europa League despite win at Atalanta
West Ham were knocked out by Bundesliga champions Bayer Leverkusen at London Stadium after a 1-1 draw on the night.