Skuad Badminton Malaysia bersedia menghadapi sebarang perubahan istem pemarkahan aksi kompetitif yang akan ditentukan dalam Mesyuarat Agung Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bulan depan.
Sebelum mengesahkan jawapan sama ada akan menyokong cadangan itu, yang dikemukakan Persatuan Badminton Indonesia dan Persatuan Badminton Maldives, atau tidak, skuad kebangsaan akan menguji dahulu keberkesanan sistem 11 mata dalam aksi lima set berkenaan.
Individu paling arif untuk berbicara mengenai sistem mata itu sudah pasti Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann.
Ini kerana bekas pemain nombor satu dunia itu pernah beraksi dalam ketiga-tiga format permarkahan yang pernah diperkenalkan BWF daripada sistem tradisional 15 mata, fasa eksperimen tujuh mata dalam lima set sehingga yang terkini 21 mata.
Jelas Choong Hann, sistem 11 mata itu akan menjadi gabungan dua sistem pemarkahan terdahulu.
"Bagi saya, sistem pemarkahan 21 mata dalam tiga set merupakan sistem yang paling menarik," katanya kepada Nadi Arena.
"Saya pernah beraksi dalam sistem tujuh mata dalam lima set ketika mereka (BWF) melakukan ujian selama setahun. Ia sememangnya satu perlawanan yang amat getir dan mempunyai rentak yang pantas.
"Tetapi saya rasa sistem 11 mata dalam lima set ini mempunyai faktor yang menarik juga.
"Kerana ia seperti gabungan di antara sistem tujuh mata dalam lima set dan 21 mata dalam tiga set," katanya.
Buat Malaysia, pendekatan terbaik pada waktu ini adalah untuk menguji keberkesanan sistem permarkahan itu dan cabaran yang akan dihadapi untuk menstruktur semula program latihan jika cadangan perubahan itu mendapat sokongan majoriti ahli gabungan BWF.
"Kami akan melakukan sedikit penilaian dan akan mengadakan perbincangan dengan barisan kejurulatihan untuk membuat pertimbangan.
"Ia merupakan salah satu pendekatan kami untuk pemain mencubanya sebelum mengambil pendirian sama ada mahu menyokongnya atau tidak,"tambahnya.
Muzaffar Musa
Tue Apr 06 2021
Isu pampasan: Patriotisme perlu atasi perkara lain
Patriotisme perlu mengatasi perkara lain, kata pemerhati sukan terkenal, Datuk Dr. Pekan Ramli, mengenai isu pampasan melibatkan perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia.
Tiada lagi senioriti dalam skuad kebangsaan -- Presiden BAM
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, berkata tiada lagi senioriti dalam skuad kebangsaan selepas ini dan semua pemain akan dinilai berdasarkan kedudukan ranking dan bukannya umur.
Tze Yong berlatih selama enam jam sehari hingga cedera? Ini jawapan Rexy...
Pengarah kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, menafikan latihan selama enam jam sehari menjadi punca perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, mengalami kecederaan tulang belakang.
Ada dua tugas perlu diselesaikan sebelum tinggalkan BAM -- Norza Zakaria
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, menganggap masih ada dua tugas yang perlu diselesaikannya sebelum meninggalkan kerusi panas itu.
Terbuka Malaysia BWF: Tiket mula dijual esok, harga dijamin berpatutan
Tiket bagi Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia BWF, yang akan berlangsung di Arena Axiata dari 9 hingga 14 Januari depan, akan mula dijual jam 11 pagi esok.
BAM gariskan dua perkara utama perlu dititikberatkan pemain negara pasca Kejohanan Dunia
Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Dr. Jahaberdeen Mohamed Yunoos, menggariskan dua perkara utama yang perlu dititikberatkan pemain negara pasca Kejohanan Badminton Dunia BWF di Copenhagen, Denmark minggu lalu.
Misbun dedah sebab tidak terima tawaran kembali ke BAM
Legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek, menjelaskan bahawa tujuannya menolak pelawaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk kembali memegang jawatan pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) sehingga hujung tahun ini adalah kerana tidak mahu mengganggu kelangsungan program sedia ada yang telah dirangka seb
Badminton Dunia BWF: Zii jia kekal fokus di sebalik kontroversi
Perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia, menegaskan kontroversi yang sedang melandanya ketika ini tidak akan menjejaskan tumpuannya dalam Kejohanan Badminton Dunia BWF di Copenhagen bermula esok.
Chong Wei kesal dakwaan Tat Meng, Zii Jia
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, kesal dengan tindakan pasukan Lee Zii Jia termasuk jurulatihnya, Wong Tat Meng, yang mendakwa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuli pemain profesional.
Jalani sedia terajui BAM
Legenda badminton negara, Datuk Seri Jalani Sidek, tidak menolak kemungkinan untuk menjadi calon bagi menerajui Persatuan Badminton Malaysia (BAM) susulan pengumuman peletakan jawatan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sebagai presiden akhir tahun ini.
Man Utd appoint Jason Wilcox as new technical director after leaving Southampton
The 53-year-old former Premier League winner previously worked as Manchester City’s academy director.
Maya Le Tissier signs new deal with Manchester United
The England defender has signed a contract extension.
'Lot of value' in Warriors keeping Curry, Green and Thompson together, says Kerr
Klay Thompson is set to enter free agency, raising the prospect of the Golden State Warriors' iconic trio being broken up this offseason.
Cole Palmer has nothing to prove to City, says Chelsea boss Mauricio Pochettino
The Blues forward faces his former team in the FA Cup on Saturday.
Jack Grealish: FA Cup semi-final the perfect game to ‘put right’ European exit
Manchester City face Chelsea on Saturday looking to bounce back from the Champions League defeat to Real Madrid,
What has caused the row over FA Cup replays and what happens next?
All replays from the first round have been scrapped for next season.
Leonard questionable for Game 1 versus Mavs as Clippers monitor 'unpredictable' situation
Kawhi Leonard faces a battle to be available for Game 1 of the Los Angeles Clippers' first-round showdown with the Dallas Mavericks.
Emiliano Martinez banned for first leg of Villa’s semi-final against Olympiacos
Brendan Rodgers warns Celtic not to ‘soften up’ during title run-in
Celtic remain top by three points – and have a five-goal advantage – with five matches remaining in the league.
Erling Haaland a doubt for FA Cup semi-final
The Manchester City striker suffered a muscular injury against Real Madrid which could keep him out of the Chelsea clash.