Pemain beregu campuran negara, Shevon Lai dijangka ketinggalan bahagian awal kem latihan Road to Tokyo (RTT) yang bermula 1 Jun ini di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, di sini.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata pemain berusia 27 tahun itu didapati menghidap demam denggi dan kini menerima rawatan di hospital.
“Beliau dijangka direhatkan selama dua minggu dan akan menyertai kem latihan RTT sebaik sahaja pulih sepenuhnya daripada penyakit itu. Semoga cepat sembuh, Shevon,” kata BAM dalam laman Facebook rasminya, hari ini.
Sejumlah 56 individu, termasuk pemain, rakan sparing, jurulatih, pegawai dan kakitangan sokongan dijangka kembali menjalani latihan di bawah program RTT di ABM, selepas mendapat kelulusan khas daripada kerajaan.
Pemain badminton kelahiran Selangor itu yang berpasangan dengan Goh Soon Huat, di ranking ke-12 dunia dan ke-11 dalam ranking “Race to Tokyo”, sebelum Persekutuan Badminton Dunia (BWF) membekukan ranking kerana pandemik COVID-19 dalam Mac.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying berada dalam kedudukan yang baik untuk mendapatkan tiket mereka ke Tokyo apabila berada di ranking ketujuh Race to Tokyo, tertinggi bagi beregu campuran di negara ini, sementara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing berada di ranking ke-13.
Hanya mereka yang berada di ranking lapan teratas akan layak ke Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 28 2020
James aiming to be 'smart' with workload management
LeBron James knows he has to be "smart" with his workload management as he aims to stay fit for the rest of the campaign.
Football rumours: Arsenal draw up 10-man shortlist in quest for striker
Benjamin Sesko, Viktor Gyokeres and Alexander Isak are among their targets.
On this day in 2018: Australian trio banned after ball-tampering saga
The trio were handed their punishments on March 28, 2018.
NBA: Rockets beat Thunder in OT for 10th straight victory
The Rockets got 37 points from Jalen Green and pulled out a 132-126 win over the Thunder in overtime to extend their winning streak to 10
Daniil Medvedev books last-four clash with Jannik Sinner
The pair met in the finals of last year’s Miami Open and the Australian Open in January.
76ers optimistic Embiid returns before play-offs
Embiid likely back before play-offs
We expect to be here – Emma Hayes says semi-finals are where Chelsea should be
The Blues progressed to the semi-finals for the fifth time in seven seasons.
James Maddison wants opportunity to show what he can do for England
Maddison has never completed a full 90 minutes for the senior side.
Chelsea reach Champions League semi-finals as draw with Ajax secures progress
The Blues entered the evening already 3-0 ahead from their first-leg victory in Amsterdam.
Steph Houghton: England’s ‘icon’ who has led the way for women’s football
Houghton won 121 caps for the Lionesses.