Beregu campuran negara, Shevon Lai Jemie belum mengangkat bendera putih dalam mencari slot ke Sukan Olimpik Tokyo Julai depan.

Pemain berusia 28 tahun itu masih mahu mencuba untuk merealisasikan impiannya beraksi di pentas Olimpik buat kali pertama bersama pasangannya, Goh Soon Huat.

Walaupun perjalanan menuju ke Tokyo dan menjadi wakil kedua beregu campuran negara selepas Goh Liu Ying-Chan Peng Soon itu sangat sulit buat shevon yang menganggap jumlah kejohanan peringkat Asia berbaki dua saingan adalah tidak adil.

Berbanding kejohanan di Eropah yang berlangsung seperti biasa menjadikan pemain mereka mempunyai kelebihan meraih mata kelayakan.

"Semua pemain dalam usaha mendapatkan tempat ke Olimpik. Mata antara pemain tidak begitu jauh jadi masih ada peluang untuk mengumpul mata dan memperoleh tempat ke Tokyo," kata Shevon.